Objektif Pusat Sumber Sekolah
1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaaan maklumat secara sistematik.
4. Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
Sebagai kesimpulan, terdapat berbagai-bagai jenis perpustakaan yang wujud di dunia ini khasnya di Malaysia sendiri. Dengan fungsi dan peranan yang berbeza menjadikan perpustakaan sebagai medium yang amat penting bagi mencari bahan-bahan rujukan tidak kiralah samada ianya bersifat ilmiah, akademik atau pun hiburan dan rekreasi. Disamping itu juga, perpustakaan adalah sebuah organisasi yang akan berkembang mengikut perubahan masa dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment